4 Oktober 2013 - 20:30
Rakyat Iran menuntut kedamaian dan mencela pertumpahan darah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Kazim Shiddiqi dalam khutbah Jumaat di Tehran berkata, "Rakyat Iran adalah penuntut kedamaian mempunyai hati dan belas kasihan, mereka mencela pembunuhan insan dan pertumpahan darah. Oleh itu ia tidak sekadar menegaskan pengharaman senjata nuklear, bahkan ia juga tidak sekali-kali menjejaki senjata tersebut."Tambah beliau lagi, "Selama 34 tahun berjuang, kita telah tunjukkan kepada penduduk dunia dalam mempertahankan prinsip. Kita tidak akan sekali-kali berundur dari penggunaan teknologi-teknologi nuklear secara aman.""Saya menasihati pemimpin politik dan presiden Amerika agar tidak menjadi pak turut kepada Zionis."Rejim Zionis cuba menyatakan bahawa Moqawama (perlawanan menentang Zionis) tidak mempunyai kekuatan, dan ini telah sampai masa untuk pembuktiannya dalam peperangan bersama Hizbullah dan penduduk Palestin," ujar beliau dalam khutbah tersebut.